Disempurnakan dengan pelbagai rempah ratus dan disajikan bersama ayam empuk yang enak, inilah hidangan yang akan membawa anda meneroka ke dunia yang berbeza.
Masa penyediaan
30 min
Masa memasak
20 min
Hidangan
6 orang
Maklumat Nutrisi setiap hidangan
345 Kcal
Protein
25g
Karbo
68g
Lemak
7g
Bahan-bahan
500 g dada ayam, dipotong dadu
1 sudu teh MAGGI® CukupRasa™
2 sudu besar minyak jagung
1 biji bawang Holland, dipotong dadu
4 ulas bawang putih
Rempah(atau anda boleh beli rempah campuran Kabsa)
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk kayu manis
1 sudu teh bunga cengkih
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk bawang putih
1 sudu teh serbuk halia
1 sudu teh serbuk buah pala
Bahan Nasi
700 ml air
500 g beras basmathi, dibasuh dan ditapis
1 helai daun pandan
3 sudu besar Sos Tomato MAGGI®
2 kiub Kiub Stok Ayam MAGGI®
Cara penyediaan
Ayam dipotong dadu dan diperap selama 30 minit bersama MAGGI® CukupRasa™. Ketepikan.
Panaskan kuali, tuang 2 sudu besar minyak jagung dan tumis bawang Holland dan bawang putih.
Kemudian, masukkan ayam dan taburkan kesemua rempah.
Di dalam periuk nasi elektrik, masukkan beras, daun pandan, Sos Tomato MAGGI® dan Kiub Stok Ayam MAGGI®. Tuangkan air dan kacau sebati.
Selepas itu masukkan ayam tadi ke dalam nasi.
Biarkan sehingga ia masak sempurna di dalam periuk nasi tadi.