Gris 6 mangkuk kecil, cawan atau gelas tahan panas dengan mentega. Satukan gula kaster dan koko di dalam mangkuk kecil dan tabur dalam bekas yang telah digris. Kemudian ketuk perlahan-lahan untuk keluarkan lebihannya. Letak bekas yang telah siap di atas dulang dan sejukkan di dalam peti sejuk (sekurang-kurangnya 10 minit) atau sehingga diperlukan
Masukkan coklat dan mentega di dalam mangkuk dan cairkan dengan cara meletak mangkuk di dalam air panas, kacau selalu. Sebaik saja coklat cair, keluarkan mangkuk dan kacau lagi sehingga likat.
Pukul telur, telur kuning, vanila dan gula di dalam mangkuk adunan lain sehingga gebu, tetapi jangan terlebih pukul. Tuang coklat suam dan kacau sehingga sebati
Akhir sekali, masukkan NESTUM®, gaul dan tuang bater ini ke dalam cawan/bekas yang telah disediakan, penuhkan anggaran 4-5 sm.
Cuba bakar satu cawan adunan dahulu (yang lain biarkan di dalam peti sejuk). Masukkan cawan di dalam ketuhar yang dipanaskan terlebih dahulu (190C) dan bakar selama 12 -15 minit (bergantung kepada saiz). Keluarkan dan biar di dalam suhu rumah selama 10 minit. Guna pisau mentega kecil dan cungkil perlahan-lahan di bahagian tepi kek untuk mengeluarkannya. Berhati-hati supaya kek tidak pecah dan letak dalam pinggan desert. Selepas merasa kek pertama ini (bahagian tepinya mesti padu dan tengah lembut), sesuaikan masa membakar mengikut jumlah cawan berisi adunan yang ada.
12. Hidang kek lava bersama buah-buahan dan jika anda suka boleh letak ais-krim vanila.